Followers

Friday, January 14, 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Keningau, Sabah

Sambil-sambil lawat blog kawan then ternampak segmen ni. So, isi2 masa terluang, join la aktiviti ni. Kalau siapa2 yang guru pelatih IPG tu, yang berminat mau join sila klik Blog Pilihan Malaysia dan untk keterangan lanjut sila klik sini.

Gambar bersama rakan sekelas dan Tutor. Masa ni jadi AJK sambutan sempena hari Konvokesyen.

Kursus Pengajian dan bakal menjadi guru pada masa akan datang

Tentang kursus pengajian pula, saya mengambil jurusan Matematik sebagai subjek Major, manakala subjek Minor pula ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Moral. Yang pasti saya akan menjadi seorang guru Matematik kelak, namun, saya kena bersedia untuk menjadi seorang guru yang versatile yakni berkebolehan mengajar apa sahaja subjek mengikut kekosongan dan keperluan sekolah tersebut. Saya Boleh bah!

Pengalaman manis dan pahit

Sepanjang pengajian saya ini, memang banyak pengalaman manis kalau mahu diceritakan, yang paling best sekali, kehidupan diasrama sepenuh masa mengajar saya sebagai seorang yang independent, lepas tu dapat ramai kawan, selain tu dapat wakil IPG dalam pelbagai pertandingan (dapat kawan lagi), dan yang paling penting jiwa saya dididik untuk menjadi seorang guru yang benar-benar guru.

Kalau sudah manis, pasti ada pahitnya kan. Bagi pengalaman pahit pula, stay-up sampai tengah malam buat assignments, tugasan, presentations dll yang berlambak-lambak. Disamping itu juga, awal-awal semester ni elaun pengajian agak lewat dibank in dalam akaun guru pelatih, jadi terpaksa la berjimat-cermat. Apa lagi kalau tiada air, itulah yang paling pahit saya rasa. Kadang-kadang sampai seminggu tiada air. Namun ini semua telah menjadi asam garam yang pada akhirnya menjadi pengalaman manis kalau diingat semula. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Chewah…

Perubahan yang saya mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang

Menyentuh tentang perubahan yang saya mahu buat dalam sistem pendidikan pula, saya inginkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia uantuk menggembleng dan melipatgandakan usaha yang jitu dalam merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar. Walaupun IPG saya merupakan Pusat Kecemerlangan Peribumi dan Pedagogi Pedalaman iaitu melahirkan guru-guru untuk mendidik murid-murid luar Bandar, namun pihak berkenaan harus menitikberat dari segi infrastuktur sekolah dan keperluan-keperluan lain sekolah tersebut. Kadang-kadang apabila buat lawatan kesekolah luar Bandar, sebak pula kerana ada murid yang sudah Tahun 6 masih tidak fasih dalam kemahiran 3M. Kesiankan???

Ok, sekian jak untuk entry kali ni. Thank you for reading! (^_^)

5 comments: