(karangan yang ditulis adalah berformat dan mengikut hukum BM)
Pada hari kelmarin, saya dan rakan-rakan telah meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-20 rakan-rakan saya. Kami meraikan mereka yang lahir pada bulan Jun dan Julai secara serentak. Mereka adalah seramai lima orang iaitu Nana dan Asdar yang lahir pada bulan Jun serta Amirudin, Awang dan Bryan yang lahir pada bulan Julai.
Seperti biasa, mengikut tradisi kelas kami, sesiapa yang lahir pada bulan yang diraikan mereka haruslah bertanggungjawab membeli kek (sponsor) yang sedap. Selepas itu, kami akan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir versi Bahasa Inggeris secara ramai-ramai. Kemudian, sesi meniup lilin akan dilakukan oleh mereka yang diraikan. Akhir sekali, diikut sesi tapau-menapau kek untuk dibawa pulang kerumah setelah kek tidak dapat dihabiskan.
Kesimpulannya, kami berasa amat seronok kelmarin sebab dapat meraikan hari lahir rakan-rakan secra bersama-sama. Tiba-tiba, terlintas difikiran saya yang bulan Ogos nanti ialah bulan kelahiran saya iaitu pada 31 Ogos. Apapun, karangan ini amat susah dikarang bagi saya kerana opsyen saya Matematik di IPG dan tidak menekankan aspek Bahasa Melayu walaupun itu minor kedua saya.
tolong komen cikgu BM!
posed with the cakes hehehe
KFC will always be our venue to celebrate one's birthday. August will be coming and I'm wondering where will I celebrate my birthday with them?
No comments:
Post a Comment